Pengenalan Ringkas Jabatan

Ibupejabat Polis Daerah Setiu  mula  beroperasi  pada 01   April  1994  yang mana sebelum  ini  dibawah pentadbiran IPD Besut.  Sejumlah  enam unit rumah kedai telah disewa  untuk dijadikan   tempat sementara Ibupejabat Polis Daerah Setiu   beroperasi yang terletak di kilometer  70 Jalan Terengganu / Kelantan ,dikawasan Bandar Permaisuri. Bangunan baru Ibupejabat Polis Daerah Setiu sekarang ini dalam proses  pembinaan yang terletak di Kilometer  72  Jalan  Terengganu /  Kelantan  di Lot no: 964 dan 2188 Mukim Tasek, Setiu  dengan   keluasan  13 . 24  ekar. Pelancaran tapak telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Norian bin Mai  Timbalan Ketua Polis Negara  pada 21 Ogos 1997 dan dijangka siap pada akhir tahun 2000.

Dibawah pentadbiran Ibupejabat Polis Daerah Setiu terdapat empat buah Balai Polis dan empat buah Pondok Polis iaitu  Balai Polis Permaisuri , Balai Polis Sg.Tong , Balai Polis Penarik , Balai Polis Chalok , Pondok Polis Guntong Luar , Pondok Polis Chalok  Barat , Pondok Polis Fikri dan Pondok Polis Merang.

Back